Menakjubkan Amalan Seorang Wanita Diet Air Putih Selama 41 tahun Tanpa Makan.

Menakjubkan Amalan Seorang Wanita Diet Air Putih Selama 41 tahun Tanpa Makan.

Air Kosong

Seorang wanita di Hanoi hidup tanpa makan selama 41 tahun dan hanya diet meminum air kosong sahaja. Ngon nama wanita dari Hanoi itu sehingga kini masih sihat dan tidak mengalami apa-apa sebarang masalah kesihatan. Beliau medakwa mengamalkan diet air putih ini sudah 41 tahun. Walau hanya sekadar air putih yang telah di campur dengan garam sedikit, gula dan perahan lemon wanita ini masih kelihatan bertenaga selama 41 tahun ini. Menurut Ngon juga yang berusia 63 tahun ini, beliau tidak menghidapi penyakit yang serius walaupun demam.

Sebelum beliau mengamalkan diet air putih ini, beliau mengamalkan pemakanan seperti orang lain juga seperti memakan nasi dan pelbagai juadah yang enak. Tetapi semasa beliau berusia 21 tahun, beliau terus sahaja mengamalkan diet air putih ini. Ini disebabkan pada masa itu beliau menghadapi masalah kesihatan iaitu penglihatan beliau sudah semakin kabur. Bukan sahaja penglihatan kabur malah beliau sering mengalami sakit perut dan muntah-muntah.

Beliau telah membuat ujian darah pada masa itu dan dapati keputusannya adalah beliau mempunyai penyakit yang berkaitan dengan darah dan ubat-ubatan. Segala ubatan yang di ambil tidak mampu menyembuhkan penyakit dan juga tidak mampu mengurangkan kesakitan kepadanya. Semenjak itu beliau terus mengamalkan diet air kosong sehingga ke hari ini dan penyakit yang beliau hadapi terus berkurangan dan bertambah sihat.

Kadangkala beliau merasa amat bosan dengan rutin seharian beliau ini tetapi menyedari akan kebaikan diet air kosong ini beliau terus mengamalkannya sehingga hari ini.

Jom kita berkongsi akan kebaikan diet air kosong ini:

 

Selepas Bangun Dari tidur.

Amalkan minum air kosong sebaik bangun dari tidur sebanyak 250ml ketika perut masih kosong. Ia akan meningkatkan metabolisme badan dan menyerap nutrisi selain membantu pencernaan yang baik.

Sejam Sebelum Menikmati sarapan.

Ambil air kosong sebanyak 250ml ke 500ml satu jam sebelu sarapan. Ianya akan membantu pencernaan penyerapan nutrisi dari makanan yang anda makan.

Ketika Rasa Lapar.

Ketika lapar dan anda ingin mengunyah sesuatu cuba anda minum segelas air putih. Ianya akan membuatkan perut anda akan rasa lebih kenyang.

30 Minit Sebelum Makan.

Kita semua amat digalakkan sekurang-kurangnya dua gelas 30 minit sebelum anda makan tangah hari ataupun malam. Minum sebelum makan akan membantu melembapkan lapisan perut anda dan sekaligus mengurangkan rasa ketidakselesaan semasa anda makan.

Sebelum Bersenam.
Kita dinasihatkan meminum air putih sebelum bersenam supaya membantu tubuh kita terhidrasi dengan baik dan peredarannya lebih lancar dan teratur.
Selepas Bersenam.
Anda akan rasa dahaga yang amat sangat sekiranya anda lepas bersenam kerana peluh yang keluar terlalu banyak. Dengan meminum air kosong yang banyak ianya akan dapat menggantikan air yang yang keluar dari badan anda dengan segera. Tetapi harus diingat meminum air selepas bersenam dalam keadaan tergesa-gesa boleh mengakibatkan kekejangan pada perut anda.
2 Jam Sebelum Tidur.
Meminum air kosong 2 jam sebelum tidur sebanyak 300-600ml akan dapat menghilangkan tenaga yang banyak hilang sewaktu aktiviti harian anda pada siang harinya. sementara itu ianya dapat meningkatkan proses metabolisme yang boleh mengakibatkan pembakaran kalori yang lebih pada tubuh badan anda.
Diet Air Putih Langsing Dalam 2 Minggu.

Kesimpulan nya adalah kebaikan melakukan diet dengan hanya meminum air kosong terlalu banyak kebaikannya.

 

 

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.