Tambahan BKM 2022

Kategori Yang Mendapat Amaun Tambahan RM500 Bagi BKM Fasa 3.

Senarai Kategori BKM Fasa 3 Yang Mendapat Amaun Tambahan RM500.

Mulai 20 September sehingga 27 September proses pengkreditan atau pembayaran BKM Fasa 3 dan rayuan BKM akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Pembayaran BKM fasa 3 adalah mengikut kategori seperti seisi rumah, bujang dan kategori warga emas.

Tetapi masih terdapat keraguan dan ketidakpuasan hati apabila jumlah amaun BKM Fasa 3 ini terdapat banyak perbezaan. Ada yang mendapat RM900, RM800, RM600, RM150 dan ada juga yang mendapat amaun RM100 sahaja.

Kadar Amaun Tambahan Bagi BKM Fasa 3.

Bagi BKM pada tahun 2022 penambahan bayaran antara RM300 ke RM500 adalah bagi mereka yang layak sahaja. Penambahan ini adalah berpandukan syarat dan kelulusan dari permohonan yang dibut di BKM Fasa 3.

Dengan itu penambahan bayaran BKM Fasa 3 adalah selepas dicampur dengan kelayakan asas yang diterima sebelum ini.

JOm kita lihat contoh di bawah :

  • Bagi Kategori Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal mempunyai anak
    • Kelayakan Asas Amaun BKM Fasa 3 adalah RM300 + Tambahan Amaun RM500 dan jumlah akan menjadi RM900.
  • Bagi Kategori Isi Rumah Yang Berkahwin iaitu Warga Emas anak 1 dan 2
    • Kelayakan Asas Amaun BKM Fasa 3 adalah RM300 + Tambahan Amaun BKM sebanyak RM300 dan jumlah akan menjadi RM600.

Kategori Yang Layak Mendapat Kadar Tambahan BKM.

Penerima seisi rumah yang layak mendapat kadar tambahan adalah seperti di bawah:

  • Bagi penerima kategori seisi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal [IBT] mempunyai anak dan cukup syarat akan menerima tambahan RM500 atau
  • Kategori isi rumah berstatus Warga Emas akan menerima tambahan sebanyak RM300.

Semakan Samada Anda Berjaya Ataupun Tidak Mendapat Tambahan.

Sila layari portal My BKM untuk mengetahui samada anda berjaya ataupun sebaliknya mendapat tambahan ini di pautan di bawah;

Sila KLIK disini

Di portal ini akan menunjukkan status bayaran anda;

  1. Amaun kelulusan asas BKM anda.
  2. Amaun BKM Tambahan Anda

Mari Lihat cara Bayaran BKM 3

Pembayaran rayuan BKM 2022 adalah seperti di bawah;
  • Ada Akaun Bank
    • Pengkreditan akan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan / dikemaskini bermula 20 September 2022 secara berperingkat
  • Tiada Akaun Bank
    • Pengeluaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional [BSN] di seluruh Malaysia mulai 20 September 2022.

Bagi pengeluaran tunai anda hanya perlu hadir ke Cawangan BSN yang berdekatan manakala bagi mewakilkan penerima BKM, wakil yang hanya didaftarkan sahaja yang layak mengambil Bantuan BKM ini.

Jadual Pembayaran BKM Fasa 3
https://www.youtube.com/watch?v=PnkgVgWfMss

Leave a Comment

Your email address will not be published.